

Kehadiran penyu juga harus seimbang, kalau populasi penyu terlalu banyak, rumpai laut akan kehabisan kerana penyu lebih kurang sama dengan Dugong, kerana rumpai laut adalah diet utama mereka.


Alligator Snapping Turtle
FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN
Masalah pembalakan haram .
Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang, ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup dikawasan itu dan lari dan mati.
Pembakaran Hutan
- Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang ada dikawasan tersebut turut musnah

Hutan Terbakar


- Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah – tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh – tumbuhan
- Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.
- Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan juga mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
- Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini makin berleluasa.
- Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana masih ada pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
Harimau dijerat pemburu haram (petikan dari Harian Kosmo)

HARIMAU yang cedera selepas masuk perangkap pemburu haram diberi suntikan pelali sebelum dibawa keluar dari Hutan Belum, Gerik ke Zoo Melaka kelmarin.IPOH - Perangkap yang dipasang oleh pemburu haram untuk menjerat harimau sudah pun mengena, namun tindakan pantas kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menyelamatkan haiwan spesies dilindungi itu daripada dijual di pasaran gelap.
Mereka lebih dahulu menemui harimau berusia lima tahun dan seberat 120 kilogram itu kelmarin selepas ia terperangkap dalam jerat yang dipasang dalam Hutan Belum-Temenggor dekat Gerik.
Haiwan itu juga cedera selepas kakinya ditembusi besi jerat tersebut.

KAKITANGAN Perhilitan menarik keluar besi perangkap pemburu dari celah kaki seekor harimau di Hutan Belum, Gerik.
Usaha mengesan perangkap itu dilaku-kan bersama kakitangan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) selepas menerima maklumat awam pada Sabtu lalu.
Pengarah Perhilitan Perak, Shabrina Mohd. Shariff berkata, penemuan itu mengejutkan kerana inilah kali pertama harimau hidup ditemui dalam perangkap sejak empat tahun lalu.
www.kosmo.com.my
Peningkatan Suhu Dunia
- Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna.
- Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.
- Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisis haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.


Pencemaran
- Seperti mana yang telah kita maklumi, keadaan pencemaran yang teruk juga akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus.
- Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer whale) semakin pupus akibat pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.
- Negara China antaranya mempunyai habitat yang istimewa untuk Beruang Panda juga kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam tidak terkecuali. Kepupusan dan kekurangan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan atau diet utama beruang Panda.
Nama Cinanya bererti "beruang-kucing," dan boleh juga dibaca terbalik bagi maksud yang sama. Julukan dunia BaratPanda Merah. Ia dahulunya dikenali sebagai Beruang Bersalin Kulit - Mottled Bear (Ailuropus melanoleucus).
Walaupun diketahui secara taksonomi sebagai maging, permakanan mereka hampir keseluruhannya maun. Malah, ia hidup hampir sepenuhnya memakan buluh. Secara teknikal, seperti kebanyakan haiwan, mereka adalah maserba, kerana Panda diketahui memakan telur, dan mereka memakan serangga bersama diet buluh mereka. Ia adalah sumber protein yang diperlukan.
Malay Script:
Trogonoptera brookiana albescens. Spesies rama-rama ini, mendapat namanya sempena Raja Putih pertama di Sarawak, iaitu Rajah Brooke. Ada juga yang percaya rama-rama ini mengandungi roh Raja Brooke.

Rajah Brooke's Birdwing
Trogonoptera brookiana ( Malaysia )
English Script:
In common with most other butterflies in Malaysia and Borneo, the habitats of this species are severely endangered. Rainforest only remains on the steepest mountain-sides, or at a small number of nature reserves, many of which are themselves threatened with exploitation at the hands of major international companies. The vast rainforests which once covered the lowlands have now been almost entirely cleared and converted to oil palm plantations.